
Kajian
menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik,
antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat,
protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur
seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya
yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam
perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi
mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar
akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam
manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan
mengembalikan keanjalan.
Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
-
Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat
astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau
yang tidak selesa pada faraj.
- Merawat otot-otot di dalam faraj :
Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan
semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
-
Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap
segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang
tidak selesa.
- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
-
Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat
menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani
dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
-
Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan
ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta
karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
Khasiat Manjakani 1.
Ramai
wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. bimbang andai kata
perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan
masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh
badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaj
bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna
untuk petua kecantikan lainnya.
Cara:
Dapatkan buah manjakani.
Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah
manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan.
Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau
getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya
seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering.
Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah
pagi sebelum mandi atau sebelah petang.
Khasiat Manjakani 2
Ini
tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat
orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak.
Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan
kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga
hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara
dalam hubungan suami isteri.
Khasiat Manjakani 3
Untuk
ibu selepas bersalin. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus
lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya. Lepas tu dikepal-kepal
isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Boleh juga masukkan dalam
kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu
petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula,
manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi
pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada
jangkitan pula.