Barulah aku tahu kenapa mata asyik terkelip-kelip je 2-3 hari ni.. rupa-rupanya aku nak menangis.. Hari ni empangan aku pecah bila aku baca kisah ini
Terima kasih Teman Mesra kerana kagum dgn aku.. Tapi sebenar-benarnya aku tidaklah setabah seperti yang disangkakan.. Aku juga menangis bila aku rasa tertekan, aku juga mengalirkan air mata bila aku tidak tahan dengan dugaan ini tapi bila aku terlihat senyuman di bawah dan di atas ini.. aku jadi kuat sekuat-kuatnya.. sebab aku tau mereka memerlukan kekuatan dari aku kerana akulah ibu dan akulah ayah mereka..
Pada mulanya aku, tak sanggup menghadapi semua dugaan ini...tapi Alhamdulillah... aku ada keluarga, teman, sahabat, kawan dan juga lawan yang memberi aku semangat dan keyakinan untuk hidup....
No comments:
Post a Comment