Friday, October 14, 2011

Entri panjang

Aku paling sakit hati dan marah kalu orang tipu aku pastu kalu ko salah ko lari-larikan diri kau...

Hari ni memang aku naik angin dan marah sangat ngan sorang budak maintenance kat bawah umah aku ni.. Citernya mcm ni..

Budak ni namanya Firdaus.. dia keje kat maintenance kat umah aku ni.. Dia selalulah tolong kat umah aku ni cthnya servis econ ke, drill ke macam-macam lah .... Mummy pun oklah ngan dia.. kengkadang kalu ada masalah kat umah tu tepon je si Firdaus ni...

So nak dijadikan citer econ aku no problem.. so aku sms lah dia suh datang, pastu nak dekat sebulan jugaklah dia baru datang.. pastu dia ckp gas dah habis.. so dia masukkan lah gas.. pastu bila masuk gas, econ still tak sejuk..

dia pun panggillah kawan dia, kawan dia cakap distributor rosak, so dia dah tukar baru dia pasang... pastu bila pasang still econ tak sejuk.. pastu dia datang chk dia kata econ aku rosak dan kena tukar barang.. kalu nak tukar dalam RM 400++ so aku pun oklah cakap kat dia tolong panggil sape yang boleh repain econ.. dia pun kata ok.. Aku pun bayarlah RM 100, 70 isi gas, 20 beli distributor 10 upah pasang..

Pastu bila aku balik dari JB aku call Jantan ni, dia tak angkat phone, aku suh mummy call pun dia tak angkat... setiap hari aku call dia tak angkat.. aku sms tak jawab.. yang aku sakit hatinya.. dahlah call tak angkat, sms tak jawab .. setiap kali aku jumpa dia kat bawah rumah ni boleh dia melarikan diri, siap tutup - tutup muka, sembunyi belakang tembok.. KURANG AJAR bebenor..

So kebetulan My BFF repair econ kat umah, so aku minta tlg dia suh cakap kat org tu untuk repair econ kat umah aku.. So hari ni abg repair econ tu pun datang...Korang nak tahu apa dia cakap.. yang betul -betul membuat aku menyinga..

Abg tu cakap "AKAK ECON AKAK NI TAK ROSAK PUN, PASTU GAS TAKDE.. dan nak dijadikan citer abg tu cakap AKAK SAYA RASA NI SABOTAJ SEBAB BUDAK NI TUTUP PAIP ECON RADIATOR NI.. SO BILA AKAK PANGGIL REPAIR BUDAK NI BUKALAH BALIK PAIP, ECON PUN OK AKAK PUN KENA TIPU BAYAR RM 400+++...

Mana aku tak marah dan menyinga.. Kurang Ajar ke tak Kurang Ajar... dan lagi satu yang betul-betul buat aku marah gila-gila.. Abg tu cakap sib baik jugak akak tak buka..sebab econ ni boleh MELETOP.....

Pastu abg ni pun setel kan apa yang patut.. masukkan gas, buka paip dan Alhamdulillah malam ni boleh tido lena.. Lepas abg ni balik aku apa lagii.. aku tepon jantan firdaus tu dia tak angkat

aku pergi maintenance bawah.. aku buka pintu opiz dia.. aku nampak si Firdaus tu, pastu bila aku masuk sekali lagi.. boleh budak tu cakap Firdaus takde.. mana aku tak naik angin .. aku siap cakap awak jangan tipu saya.. awak ingat saya bodoh tak nampak Firdaus tue... pstu aku pun melaserkan budak tu .. Cakap kat Firdaus saya halal kan apa yang saya bayar kat dia tapi jangan buat keje dengan cara menipu...

aku pun blah tapi aku memang tak puas hati aku nak tunggu kat situ sampai si jantan tu kuar... sekali yang kuar budak yang aku marah tadi.. dia tanya aku boleh saya tahu kak apa masalahnya... aku pun citer lah dari A to Z.. sampai aku cakap kat dia seumur hidup saya 33 tahun kat Dunia ni, saya tak pernah serang orang tau... ini first time saya buat macam ni tau.. sebab saya marah sangat dia menipu saya.... Supervisor tu cakap akak bukan orang pertama saya dengar org komplen pasal Firdaus..dah ramai orang komplen... korang tengok... niat kita baik nak tolong orang melayu.. tapi ini jadinya..

Lepas aku bebel..bebel kat supervisor tu aku minta maaf kat dia.. dia pulak siap minta maaf kat aku bagi pihak si Jantan tu... entahlah macam-macam jadi...

Itulah cerita saya untuk hari ni ...

LawatanDYMM SPB YDP Agong ke WQ Park









Thursday, October 13, 2011

wajah kesayangan hamba


Aktiviti di WQ Park






Kuih Bakar Bijan

Alhamdulillah setelah menempuh pelbagai dugaan akhirnya percubaan pertama buat kuih ni berjaya dengan lancarnya.. heppi sesangat.. ramai lah jugak yang memuji heheh (masuk bakul angakt sendiri pulak).. Resepinya saya ambil di sini http://periuktanah.blogspot.com/2011/02/kuih-bakar-bijan-chef-hanieliza.html.... Sesiapa yang nak cuba selamat mencuba..

Kuih Bakar sedang dibakar


Selesai di bakar



setelah dipotong