Wednesday, May 11, 2011

hampir kehilangan Nazran

Hari ni sesuatu yang membuat jantung ku berhenti kejap... Semalam kan aku citer meeting cancell.. so meeting tu digantikan pada hari ini.. Aku pun cakap pada Nazran, adik tunggu tau sampai ibu sampai.. jangan p mana-mana. berkali-kali aku remind kat dia.. seperti biasa dia akan jawab ya.. alright.. sebenarnya dari minggu lepas lagi aku remind kat dia..

So mesyuarat start pukul 11.00 pagi, aku inform pada Boss aku minta izin kuar kul 12.15 utk ambik anak. Tepat pukul 12.15 aku pun keluar dari opiz dan aku pakai seat belt sebab aku dgr citer ada road block ngan polis dan JPJ kat depan sekolah nazran..

So on the way ke skolah, lepas je belok ke P8, aku dah nampak road block.. sekali aku ternampak sesusuk tubuh yang aku amat kenal sekali sedang nak melintas jalan. YA ALLAH.. rupa-rupanya yang nak melintas jalan tu anak aku IKHWAN NAZRAN.. aku terus emergency break, sib baik takde keter kat belakang.. terus aku suh dia masuk keter.. dalam keter macam-macam aku tanya, dengan keadaan aku yang panik, bergetar semua, air mata berlinangan.. sekali aku kena tahan pulak dengan JPJ

Aku turunkan cermin, Pegawai tu cakap "Gelap cik" Dalam keadaan panik aku boleh cakap " Nanti saya report polis'.. Pegawai tu cakap kenapa nak report polis? Aku jawab.."Mcm nilah Encik, saya tgh panik, confuse dan keliru, anak saya hilang dan saya tak jumpa dia lagi... Sambil tu aku dah sebak.. Pegawai tu pun lepaskan aku...hukhukhuk..

On the way balik.. bertubi-tubi aku menyoal nazran.. kenapa tak tunggu ibu....hmmm dia cakap dia p cari aku.. sebab ustazah dah kunci pintu kelas...

Kesimpulannya aku pun tak tahu... sampai sekarang kepala aku masih berdenggung sebab aku pikir macam-macam.. apa akan terjadi kalu aku lambat... apa akan jadi kalu aku tak jumpa nazran tadi.. sib baik takde orang culik dia.. sib baik tak kena langgar masa lintas jalan...

YA ALLAH.. KAU LINDUNGILAH ANAK-ANAK KU DARI MALA PETAKA DAN BENCANA... AMIN...

No comments: